Thursday, August 20, 2009

Elektrik dan Alat Jimat Bil Elektik




Melalui Penggunaan Teknologi Power Saver;

Setiap unit Power Saver ini mengandungi kapasitor yang bertujuan untuk menambahkan tenaga.
Andaikan penambahan tenaga sebanyak 67kW dilakukan menggunakan kapasitor di dalam Power Saver ini, maka Apparent Power telah dikurangkan daripada 142 kVA kepada 105kVA, maka nilai Power Factor kini adalah:

Power Factor = 100/105

= 0.95 atau 95%

Hasilnya 95% tenaga elektrik yang anda terima digunakan secara optimum di rumah atau premis anda. Ini bermakna semakin kurang pembaziran yang terhasil kerana 95% adalah tenaga optimum.
Dengan itu ia menjadi semakin jimat! Iaitu hanya 5% sahaja pembaziran berbanding tidak menggunakan Power Saver.


Apa kata pengguna?

"Setelah memasang alat ini, saya terkejut apabila menerima bil daripda TNB. Bil elektrik saya telah berkurang dengan sangat ketara. Biasanya saya perlu membayar sekitar RM300 sebulan tetapi sekarang saya hanya perlu bayar diantara RM180 – RM220 sahaja! Saya telah dapat jimat sebanyak 25% sebulan. Terima kasih kepada Power Saver."

Ooi PS,
Kedah.


"Pemasangannya sangat mudah. Cuma perlu plug pada soket dan bil elektrik saya telah menurun daripada RM120 kepada RM90. Saya telah memperkenalkan alat Power Saver ini kepada semua rakan dan saudara mara. Mereka sangat sukakan produk ini."

Chang PW,
Kedah.


"Power Saver ini benar-benar membantu menjimatkan bil elektrik saya sekitar 15% sebulan. Selepas memasang alat ini, saya dapat rasakan ia bukan sahaja memberikan saya penjimatan tetapi juga menstabilkan arus elektrik di rumah saya.

Bekalan elektrik selalu terputus apabila kadar penggunaan elektrik tinggi tetapi setelah 3 bulan memasang Power Saver, tiada lagi masalah terputus bekalan."

Ooi EL,
Penang.


Syarat-syarat Jaminan 6 Bulan Wang Dikembalikan

1. Jaminan ini adalah bertujuan untuk melindungi hak anda sebagai pengguna dan juga hak kami sebagai penjual.

2. Syarat jaminan ini berkuatkuasa mulai hari Khamis, 21hb. Julai 2008.

3. Ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan sebenar dimana wang anda akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil elektrik selepas menggunakan Power Saver ini.

4. Jaminan ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan selepas dari tarikh belian.

5. Bil elektrik anda hendaklah sekurang-kurangnya minima 3 bulan penggunaan Power Saver secara penuh pada setiap bulan. Ini bagi membolehkan perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Power Saver dapat dilakukan secara adil.

6. Penggunaan pada tempoh percubaan hendaklah konsisten sepertimana sebelum dan semasa menggunakan Power Saver. Pada tempoh ini anda dicadangkan tidak menambah peralatan elektrik lain atau menggunakannya dari kadar biasa bagi memudahkan perbandingan nanti.

7. Perbandingan akan dilakukan di antara bil-bil elektrik bulan pertama, bulan kedua dan bulan ketiga selepas pemasangan Power Saver dengan bil-bil elektrik bulan sebelum menggunakan Power Saver.

8. Oleh yang demikian anda boleh membuat tuntutan wang dikembalikan bermula pada bulan keempat hinggalah bulan keenam.

9. Hantarkan terlebih dahulu 3 bulan salinan bil-bil elektrik selepas menggunakan Power Saver dan 2 bulan salinan bil-bil elektrik sebelum menggunakan Power Saver kepada kami. Ini bagi membolehkan kami membuat semakan perbandingan sebenar bil-bil elektrik anda.

10. Hantarkan juga Resit dan Warranty Card yang diberikan bagi memastikan anda adalah pelanggan kami.

11. Hantarkan juga alat Power Saver secara pos kepada kami. Untuk kemudahan penghantaran pos, anda boleh menggunakan penghantaran Poslaju dimana ia adalah cepat dan selamat.

12. Alat Power Saver hendaklah diterima dalam keadaan masih baik dan boleh digunakan. Power Saver yang telah rosak tiada jaminan wang dikembalikan.

13. Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank anda.

14. Caj perkhidmatan sebanyak RM48 akan ditolak daripada harga setiap unit yang dipulangkan. Contohnya jika anda membeli seunit Power Saver berharga RM228, maka jumlah wang yang akan dikembalikan kepada anda ialah RM228 ditolak RM48 (caj perkhidmatan) = RM180.

15. Jika 2 unit dipulangkan bermakna caj perkhidmatan adalah RM96 dan begitulah seterusnya.

16. Kami berhak untuk mengubah polisi ini tanpa sebarang notis.


Soalan Lazim

1.) Adakah penggunaan alat penjimat elektrik Power.Tune ini sah disisi undang-undang Malaysia?
Ya. Penggunaan alat ini adalah sah disisi undang-undang Malaysia. Sebarang pengubahsuaian sebelum meter adalah tidak sah. Alat ini dipasang selepas meter iaitu pada litar dalaman premis.

2.) Adakah Power.Tune dapat mengurangkan bil elektrik saya?
Ya. Alat ini direka untuk menjimatkan bil elektrik anda. Berdasarkan kepada maklum balas daripada pelanggan-pelanggan, penjimatan sebanyak 25% direkodkan pada penggunaan biasa.

Peratus penjimatan bergantung kepada jenis beban (alat elektrik) dan penggunaannya. Dalam sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan terutama pada kedai, pejabat dan industri ringan.

3.) Kenapa anda meletakkan peratus penjimatan sebanyak 25% bukannya 30%, 40% atau 45% seperti jenama lain?
Peratus penjimatan adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis peralatan elektrik yang digunakan. Kami meletakkan nilai yang realistik iaitu 25% walaupun sesetengah pengguna menikmati penjimatan melebihi 30%.

Ada alat elektrik yang mendapat penjimatan melebihi 50% manakala yang lain merekodkan penjimatan antara 5% hingga 20%. Secara purata, penjimatan yang diperolehi adalah sekitar 10% hingga 25%.

4.) Adakah sebarang sijil dikeluarkan untuk mengesahkan alat ini selamat digunakan?
Power.Tune telah melalui ujian keselamatan, prestasi dan kebolehharapan (reliability) yang telah dijalankan oleh badan-badan pensijilan dalam dan luar negara.

Alat ini telah diuji oleh SIRIM dan mematuhi EN61000-6-3, EN61000-3-2, EN61000-3-3 dan EN61000-6-1 (keperluan untuk menperolehi sijil CE).

Ujian-ujian yang telah dijalankan:-

1. Power Line Conducted Emission Measurement
2. Radiated Emission Measurement
3. Harmonic Current Emission Measurement
4. Voltage Fluctuation and Flicker Measurement
5. Electrostatic Discharge Test
6. RF Field Strength Susceptibility Test
7. Electrical Fast Transient/Burst Immunity Test
8. Surge Immunity Test
9. Injected Currents Susceptibility Test
10. Voltage Dips and Interruptions Test

5.) Adakah Power.Tune memerlukan sebarang penyelenggaraan?
Tidak. Anda hanya perlu pasangkan alat ini pada soket 13Amp yang terhampir dengan suis utama di premis anda dan mula menjimatkan wang.


6.) Adakah saya perlu membuat sebarang pengubahsuaian kepada pendawaian elektrik?
Tidak. Alat ini direka supaya mudah untuk digunakan (plug n save). Anda hanya perlu pasang pada soket 13Amp yang terletak pada dinding dan bukannya pada extension cord.


7.) Berapa lamakah tempoh jaminan alat ini?
Power.Tune mempunyai 12 bulan jaminan daripada pengilang, merangkumi sebarang kecacatan daripada pembuatan atau bahan. Kami juga memberikan 6 bulan money back guarantee. Wang anda akan dikembalikan jika terbukti alat ini tidak menjimatkan bil anda.

8.)Bilakah saya akan mendapat pulangan pelaburan Return of Investment (ROI) jika membeli alat ini?
Berdasarkan kepada ujian yang telah dijalankan dan maklum balas daripada pelanggan, anda akan ‘balik modal’ lebih kurang dalam masa 6 ke 12 bulan. Selepas itu anda akan menikmati penjimatan untuk tahun-tahun yang berikutnya.

9.) Bolehkah Power.Tune dibiarkan ‘on’ secara berterusan?
Ya. Power.Tune perlu dibiarkan ‘on’ sepanjang masa untuk mendapatkan penjimatan maksimum. Alat ini hanya perlu di`off’kan jika premis ditinggalkan dalam waktu yang lama seperti pergi bercuti dsb.

Sila ambil perhatian bahawa Power.Tune menyimpan tenaga elektrik sehingga 3 saat selepas dimatikan. Sila tunggu sekurang-kurangnya 3 saat selepas memadamkan Power.Tune sebelum mencabutnya daripada soket.

10.) Bolehkah saya menggunakan lebih daripada 1 unit Power.Tune untuk mendapatkan lebih penjimatan?
Pada keadaan biasa, 1 unit Power.Tune adalah mencukupi.

Untuk model PT-01, 1 unit mencukupi untuk penggunaan single phase dibawah 1000kWH.
Untuk model PT-02, 1 unit mencukupi untuk penggunaan single phase dibawah 2000kWH.
Jika penggunaan melebihi 2000kWH dan premis anda single phase, 2 unit boleh digunakan.


Kenapa Tak Jimat??

Berikut adalah tips yang berguna untuk mengenal pasti sebab-sebab kenapa tiada penjimatan kepada bil elektrik setelah memasang power saver sekurang-kurangnya selama sebulan.

1.) Bil adalah ‘bil anggaran’ bukannya bacaan sebenar yang diambil daripada meter (berlaku di beberapa kawasan)
2.) Sesetengah peralatan elektrik digunakan dengan lebih kerap apabila kuantiti jualan bertambah. Sebagai contoh, jualan pada bulan Januari ialah RM50,000 dan meningkat sebanyak RM80,000 pada bulan Februari. Peningkatan jualan sebanyak 60%, dalam kes ini sudah pasti bil elektrik juga akan meningkat selari dengan kos operasi syarikat.
3.) Peningkatan ‘overtime’ dan pengeluaran tambahan kilang pasti akan meningkatkan penggunaan elektrik.
4.) Penggunaan elektrik yang bertambah selepas memasang power saver (selalu terjadi). Cth: Sebelum memasang power saver, penggunaan air-cond hanya 4 jam sehari tetapi setelah memasang power saver penggunaan air-cond meningkat kepada 8 jam sehari. Keadaan ini sudah pastinya akan meningkatkan bil elektrik.
5.) Power saver yang telah dipasang telah di`off’kan kerana soket yang sama telah digunakan untuk alat elektrik yang lain.
6.) Power saver dipasang pada pertengahan bulan atau hanya beberapa hari sebelum bil bacaan meter oleh TNB/SESCO. Jangkamasa yang terlalu pendek tidak akan menunjukkan perbuahan yang ketara.
7.) Penggunaan elektrik yang tidak konsisten. Keadaan ini tidak bermakna power saver tidak berfungsi. Cara yang paling sesuai untuk menilai keadaan ini ialah dengan cara mendapatkan purata bil selama 3 bulan selepas memasang power saver untuk dibandingkan dengan purata 3 bulan bil elektrik sebelum memasang power saver.
8.) Pemasangan alat elektrik tambahan selepas memasang power saver. Cth: Penambahan 1 unit air-cond lalu menyebabkan kadar penggunaan elektrik melebihi kesesuaian model power saver yang asal.
9.) Pelanggan tidak memasang bilangan power saver yang sesuai mengikut penggunaan elektrik bulanan (kWH) kerana samada kekurangan soket atau penambahan alat elektrik yang banyak menggunakan tenaga elektrik.
10.) Bilangan power saver yang dipasang pada premis pendawaian 3 phase tidak mengikut kuantiti yang dicadangkan. Cth: Pemasangan hanya 1 unit power saver pada rumah 3 phase. Kuantiti sebenar yang diperlukan untuk mendapat penjimatan yang optimum ialah 3 unit power saver.
11.) Penjimatan adalah lebih besar pada alat elektrik bermotor seperti air-cond, peti ais, kipas dan sebagainya. Penjimatan kurang pada peralatan yang berasaskan pemanasan seperti seterika, cerek elektrik dan shower heater. Walau bagaimanapun, alat ini dapat memanjangkan jangka hayat alat-alat tersebut.
12.) Keadaan peralatan elektrik di rumah mempengaruhi penggunaan kuasa elektrik. Peralatan yang diselenggara dengan baik akan menjimatkan kos operasi (energy efficient) dan sekiranya selepas memasang power saver, pemilik rumah tidak meneruskan penyelengaraan mengikut jadual yang sepatutnya (seperti servis air-cond dsb) maka peralatan tersebut perlu bekerja dengan lebih keras (menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak) seterusnya meningkatkan bil elektrik.
13.) Cuaca juga mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik untuk peralatan penyejukkan seperti air-cond dan peti sejuk. Pada hari yang panas, tenaga elektrik yang lebih diperlukan oleh air-cond atau untuk menyejukkan bilik pada suhu yang ditetapkan seterusnya meningkatkan jumlah bil pada bulan tersebut. Perkara ini jugak berlaku kepada peti sejuk.
14.) Memasang model power saver yang salah.
15.) Memasang power saver pada ‘extension cord’ atau berkongsi soket dengan peralatan lain
16.) Tempoh pembacaan meter (billing cycle) oleh pembekal (TNB) tidak konsisten.

3 comments:

  1. salam, tau kilang mana buat cover utk energy saver?tq

    ReplyDelete
  2. bos mntak no fon....nak try la.....

    ReplyDelete
  3. pendawaian elektrik yang bagus dapat menjaga barang2 elektrik kita dari rosak. so, pilihlah orang yang betul :)

    ReplyDelete